Sunday, 10 June 2012

chow kit

hii people, hari nii aku tak nak cerita panjang-panjang aku nak tunjuk
gambar-gamber nii jea yang aku tengok cerita CHOW KIT
dekat nii
http://mhomuvee.blogspot.com/


mak mak tak main lhaa ~bak kata budak tuh~


gambar nii lepas habis cerita CHOW KIT .

takboleh bela lhaa dengan MULUT aku tuh haha lawak,
tapi SWEET . 

sebenarnye saya nurul shahida binti jusoh haha

P/S:kalau korang perasan aku pakai baju HARIMAU MALAYA haha kau ada ? semangat MALAYSIA katakan .
kbaii <3

Monday, 28 May 2012

pavlova kek

Apa dia Pavlova ni?
Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Thursday, 24 May 2012

kakak aku kemalangan

hii people, semalam pada waktu 7.40 p.m ade orang call my mom dea suruh mak aku
bersabar . pas2 mak aku cakap lhaa ni sape orang tuh still lagi cakap
MAKCIK BEBUAT BERSABAR ANAK MAKCIK KEMALANGAN !
dengan terkejut mak aku menangis .
mak aku tanya ornag tuh anak makcik macam mana dalam keadaan dea ?
orang tuh tergagap gagap nak cakap keadaan kakak aku .
time tuh kt rumah ade aku, ma, kak .
kak call orang tuh sekali lagi .
baru lhaa dea nak bagitahu mata kakak aku bengkak and then kene tahan wad .
terkejut aku dengar !

tapi yang paling penting kakak aku selamat .
ALHAMDULILLAH .
terima kasih ya allah kau selamatkan kakak aku


-NORLIANA JUSOH-

i love my sister yana .

Monday, 14 May 2012

4x4 maran

hii people, sorry sorry lambat sikit nak cerita tentang 4x4.
#hihi lambat sikit.
semalam aku tengok 4x4 kt trek 
*perumahan teladas.
walaupun bunyi bising tapi best. sesampai aku menjerit jerit lagi.
kau ada?
haha, takboleh bela lha time aku terpekit terlolong tuh
semua tengok sye.
#malusaya

kt MARAN ada 2lokasi untuk trek 4x4
#teladas and rakan muda.
sesiapa yg berminat sila lha datang ke trek untuk enjoy.
kalau jatuh bangun sendiri, haha.

ada orang tak tahu 4x4 tuh ape?
kederaan yg macam mana? 
okey ni aku tunjuk, tapi kt 4x4 nii takde gambar aku
sebab malu bha.
saksikan lhaa gambar 4x4 nii.

time 4x4 tersekat.

4x4 otw naik bukit

lawak lhaa aku tengok 4x4 KUNING nii


4x4 nii aku panggil 4x4 RANGKA.

time nii nak balek sudah KONVOI BERAMAI RAMAI

okey korang dah kenal dah 4x4.
yg main kt trek ni orang KUANTAN PAHANG.
3hari 2malam di MARAN PAHANG.

kbai <3

Sunday, 6 May 2012

takde keje

bosan sangat sangat sampai tak tahu nak buad ape dah ?
ape yang aku mampu buad tengak 
gamabar gambar kt bawah ni 
NGEE !

haha lukis anger bird

psp and phone blackberry mini haha sesuke hati jea.

kbai <3

Saturday, 5 May 2012

MONOPOLI

hii people, hari nii aku bosan sangat sangat sampai aku main game
MONOPOLI name dea. hihi
tapii aku kalah di saat saat AKHIR 
thwe winner is muhd aidil adha bin jusoh
my young brother..
time main game sempat lagi aku amek gambar hihi.
TENGOK KAT BAWAH NII.

part 1 buka kotak dulu.

part 2 keluarkan samua barang barang dalam kotak tersebut.

part 3 teraburkan je semua barng tuhh.

part 4 susun and them play the game MONOPOLI.
hahahahaha

kbai <3